BERWAQAF UNTUK SAHAM AKHIRAT (MENAIKTARAF DAPUR MASJID UniSZA)
Waqaf Menaiktaraf Dapur Masjid UniSZA adalah untuk menyediakan kemudahan dapur masjid yang berusia hampir 27 tahun. Mudahan-mudahan amalan kita ini menjadi pemberat pada neraca Allah di akhirat kelak.
photo_2023-07-17_09-55-22.jpg165.82 KBMasjid UniSZA sering mengadakan program-program ke arah memberikan khidmat kepada komuniti, staf dan pelajar UniSZA. Program-program sebegini akan membabitkan keperluan makan minum kepada peserta. Oleh itu keperluan menaiktarafkan dapur Masjid mesti dilaksanakan dengan segara untuk merealisasikan objektif Masjid UniSZA iaitu masjid menjadi pusat perancangan segala program dan aktiviti pengimarahan masjid.
Tujuan:
Menaiktaraf bangunan dapur yang sudah berusia 27 tahun
Memberi keselesaan kepada pengguna dapur masjid
Masjid UniSZA sebagai pelayan kepada komuniti (penyediaan makanan untuk program-program)
Memberikan imej baharu Dapur Masjid UniSZA
Penggunaan Dana Waqaf:
Mengangkat bumbung dapur masjid lebih tinggi dari binaan asal
Menukar bumbung dapur masjid yang sudah usang
Membaik pulih sistem elektrik bangunan dapur
Menukar jubin lantai
Mengikat bata (dinding dapur)
Kemasan cat baharu
Sistem piping baharu
Sistem saliran (longkang)
Memasang jeriji baharu
Mebina table top dan sink baharu
Fadhilat/ Kelebihan:
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah Ayat 261)
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim)
Hikmah Berwaqaf:
Kempen waqaf ini akan memperkuatkan ikatan dan kebersamaan di antara umat Islam
Waqaf merupakan pengabdian kepada Allah S.W.T. dan amal kebajikan yang dapat memberikan manfaat dalam jangka panjang bagi umat Islam.